suria

Berambut palsu sambil kayuh basikal, lelaki rakus curi 40 helai pakaian dalam wanita di ampaian

Pencuri berkenaan memakai pakaian seperti wanita dan menaiki basikal.

PERBUATAN seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.50 pagi pada Selasa lalu.

Sepasang suami isteri yang merupakan penduduk tetap di kawasan Rayong, Thailand itu mendedahkan rakaman CCTV kediaman mereka selepas mendapati kira-kira 20 coli dan seluar dalam telah dicuri.

Menurut si suami yang bekerja syif malam pada ketika itu, pada mulanya kamera keselamatan tersebut menghantar notifikasi bahawa terdapat pergerakan di luar rumahnya.

Bimbang dengan isterinya yang tinggal bersendirian di rumah, dia memeriksa CCTV dan terkejut melihat gelagat seseorang di dalam rakaman berkenaan.

Berdasarkan paparan rakaman, jelas menunjukkan seorang lelaki berpakaian seperti wanita dengan mengenakan rambut palsu menunggang basikal menuju ke ampaian di mana isterinya menjemur pakaian.

Lelaki berkenaan segera memaklumkan isterinya dan menghalang wanita itu keluar demi keselamatan.

Kejadian itu turut dialami jiran pasangan berkenaan yang mendakwa kehilangan 20 helai pakaian pada hari yang sama.

Justeru, pasangan itu berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana mengesyaki pencuri terbabit merupakan komuniti di situ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain