suria

Pesawat terhempas tidak lama selepas berlepas... 18 terkorban, hanya juruterbang terselamat

Keadaan pesawat Saurya Airlines yang terhempas pada pagi Rabu. -Foto BBC

SEKURANG-kurangnya 18 orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas dan terbakar ketika berlepas dari ibu kota Nepal, Kathmandu, pada Rabu.

Juruterbang pesawat Saurya Airlines, yang kini menerima rawatan di hospital, merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Menurut laporan, kira-kira 19 orang berada dalam penerbangan ujian pesawat berkenaan, yang terdiri daripada kakitangan teknikal dan dua anak kapal.

Nahas berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi (waktu tempatan), beberapa minit selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal.

Pesawat berkenaan dilaporkan menuju ke Pokhara, destinasi pelancongan yang popular.

Dilaporkan kebakaran berjaya dikawal dan operasi menyelamat dimulakan serta-merta.

"Mayat 18 penumpang telah dikeluarkan dan seorang yang cedera telah diselamatkan dan dibawa ke hospital," demikian kenyataan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain