suria

Kejam! Ibu tunggal, budak lelaki maut dibunuh di warung kopi

Mayat mangsa ditemui kekasihnya selepas tidak dapat dihubungi.

SEORANG ibu tunggal bersama anak lelaki yang berusia 4 tahun ditemukan maut di warung kopi miliknya.

Berdasarkan laporan siasatan, mayat dua beranak itu ditemukan oleh kekasih mangsa, Ade Rohman, 25 pada jumaat lalu selepas gagal dihubungi.

Menurut kekasihnya, dia mengunjungi warung tersebut bagi mengetahui keadaan mangsa.

Namun setibanya di lokasi, warung tersebut masih belum dibuka seperti kebiasaannya.

Susulan daripada itu, dia mengintip ruangan rumah mangsa melalui lubang pintu sebelum dikejutkan melihat keadaan mangsa yang terbaring tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lamongan, Made Suryadinata mengesahkan kejadian dan menyatakan terdapat tanda-tanda keganasan pada badan mangsa.

Tambahnya, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematian dua beranak itu sebagai pembunuhan terancang.

Ini kerana, harta seperti motosikal, barang kemas, telefon bimbit dan wang milik mangsa tidak ditemui di tempat kejadian.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca pembunuhan.

Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Nining, 28 mula menyewa tapak berniaga di kawasan Lamongan, Indonesia sejak sebulan yang lalu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain