suria

Lelaki bakar rumah mak ayah, murung selepas kematian isteri

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran. Foto Kompas/Sukoco

SEORANG lelaki berusia 39 tahun nekad membakar rumah ibu bapanya sendiri selepas kematian isteri.

Menurut abang ipar suspek, adiknya mengalami kemurungan selepas isterinya meninggal dunia dua minggu lalu.

Kejadian berlaku di esa Wonokerto, Kecamatan Kadunggalar, Kabupaten Ngawi, Jawa Timur di Indonesia.

"Sejak isterinya meninggal dua minggu lalu, dia (suspek) berasa tertekan. Dia mahu bakar rumah ibunya," katanya ketika ditemui di rumahnya, bersebelahan rumah ibu bapanya yang terbakar, pada Selasa.

Penduduk kampung cuba memadamkan kebakaran, tetapi api marak dengan cepat sehingga rumah dan kandang kambing diperbuat daripada kayu musnah terbakar.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Penduduk kampung berjaya menyelamatkan ibu bapa suspek yang berada di dalam rumah ketike kejadian.

Susulan itu, polis membawa suspek ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain