TUJUH beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang dihuni mereka di Doncaster, South Yorkshire, England, musnah dalam kebakaran yang berpunca daripada bateri basikal elektrik (e-basikal). Menurut laporan, kebakaran yang memusnahkan rumah tiga bilik tidur milik Simon Blanshard, 40, dan Laura Natale, 25, dipercayai tercetus gara-gara bateri e-basikal yang sedang dicas. Bagaimanapun, pasangan berkenaan dan lima anak mereka terselamat. Difahamkan, keluarga malang tersebut terpaksa menumpang di rumah saudara mereka buat sementara waktu. Melahirkan rasa terkejut atas musibah yang menimpa keluarganya, Blanshard mengakui dirinya terkesan kerana kediaman berkenaan adalah usaha hasil titik peluhnya. "Sukar untuk melalui hari-hari tanpa menangis," ujarnya. Insiden tersebut secara tidak langsung memberi petunjuk mengenai potensi bahaya bateri e-basikal, sekali gus menyebarkan kesedaran kepada orang ramai terutama yang memiliki kenderaan elektrik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube