SEORANG wanita berusia 24 tahun maut dibunuh di asramanya di Bengaluru, India oleh seorang lelaki yang menyelinap masuk ke dalam bangunan tersebut, lewat malam Selasa. Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Kriti Kumari dari Bihar, diserang berhampiran sebuah bilik di tingkat tiga. Suspek lelaki itu menceroboh bangunan berkenaan antara jam 11.10 hingga 11.30 malam bersama sebilah pisau dan mengelar leher Kriti sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, kata polis. Polis kini sedang giat mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV. Mereka mengesyaki jenayah itu dilakukan oleh seseorang ang dikenali mangsa. "Kami sedang menyiasat motif di sebalik pembunuhan itu. Tertuduh telah dikenal pasti, dan kami cuba mengesannya," kata polis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube