BERBEZA dengan golongan lelaki, kaum Hawa biasanya akan memastikan ketiak mereka bersih tanpa kehadiran bulu. Namun, seorang wanita berusia 31 tahun dari Auckland, New Zealand, tular selepas mendedahkan dia tidak mencukur bulu ketiaknya sejak lebih sedekad lalu. Menurut Zoe Zwetsloot, dia selesa membiarkan bulu ketiak tumbuh secara semula jadi dan tidak akan mencukurkanya sehingga licin. Namun katanya, tindakan itu menyebabkan dia sukar untuk mendapat jodoh, malah kebanyakan lelaki akan menjauhinya. "Saya pernah berkenalan dengan beberapa lelaki, mereka minta saya cukur bulu ketiak jika mahu teruskan hubungan," ujarnya. Ibu tunggal yang memiliki tiga cahaya mata itu berkata dia tidak akan mengubah dirinya demi meraih cinta mana-mana lelaki. Kini, dia turut mewarnakan bulu ketiaknya, menyebabkan dia sering dipandang serong oleh orang sekeliling. "Saya boleh berjimat dan tak perlu beli pisau pencukur, saya juga boleh kurangkan masa untuk mandi dan bersihkan diri. "Dulu saya rasa tak selesa sebab orang lain jijik dengan bulu dan tubuh saya. Kini saya rasa positif," ujarnya lagi. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube