suria

Nenek cabul cucu perempuan, hantar video lucah pada kekasih online

Kanak-kanak sering menjadi mangsa serangan seksual. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berstatus nenek tergamak melakukan pencabulan ke atas cucu perempuannya yang baru berusia enam tahun.

Lebih mengejutkan apabila, video dan gambar perbuatan terkutuk itu tersebar di laman sosial selepas dia menghantar klip rakaman kepada teman lelaki atas taliannya.

Menurut pegawai penyiasat polis Simalungun, AKP Ghulam Yanuar Luthfi, perkara tersebut terbongkar selepas ibu mangsa mendapat pesanan mesej dan rakaman video berkenaan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi messenger pada 25 Mei lalu.

Ujarnya, susulan daripada itu, wanita berusia 35 tahun membuat laporan polis dan suspek ditahan di rumahnya di daerah Simalungun, Sumatera Utara, Indonesia pada 25 Julai.

"Selepas menerima rakaman video berkenaan, wanita terbabit mendapatkan kepastian daripada anaknya.

"Mangsa mengakui neneknya sering merakam gambarnya dalam keadaan berbogel sambil memegang kemaluannya," tambahnya.

Dalam pada itu, Ghulam turut menyatakan suspek yang berusia 44 tahun sudah mempunyai suami dan dua cahaya mata.

Mangsa sering dijaga oleh suspek sejak berusia dua tahun. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain