suria

13 kanak-kanak di rumah perlindungan meninggal dunia secara misteri, punca kematian cetus spekulasi

Laporan bedah siasat yang dilakukan akan mendedahkan punca kes kematian. -Gambar hiasan

SERAMAI 13 kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia secara misteri di sebuah rumah perlindungan di Rohini yang dikendalikan kerajaan India, dalam tempoh 20 hari lalu.

Perkara tersebut didedahkan hasil siasatan oleh bahagian pentadbiran di daerah berkenaan, lapor agensi.

Setakat ini, 27 kematian telah dilaporkan sejak Januari lalu di Rumah Perlindungan Asha Kiran di Rohini, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai isu pengabaian dan kebersihan yang menjadi punca kepada kematian mangsa.

Bagaimanapun menurut pihak pentadbiran, punca sebenar kematian akan diketahui selepas laporan bedah siasat.

Laporan siasatan oleh bahagian pentadbiran berkenaan telah menimbulkan persoalan tentang kualiti air minuman yang disediakan kepada kanak-kanak di rumah perlindungan berkenaan.

Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita (NCW) telah menghantar pasukan siasatan ke rumah perlindungan berkenaan, sambil menyelar kerajaan kerana cuai.

Menteri Pendidikan Delhi, Atishi Marlena bagaimanapun menyatakan bahawa terdapat 14 kematian sejak Januari 2024 di rumah perlindungan itu, berbeza dengan jumlah yang didedahkan oleh bahagian pentadbiran.

Difahamkan setakat ini satu pasukan dari kerajaan telah dikerahkan ke rumah perlindungan tersebut untuk melakukan siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain