suria

Penemuan dua rangka manusia gemparkan penduduk! Jiran dakwa tiada bau busuk, aksi curiga

Pasukan polis memerlukan laporan bedah siasat daripada pihak forensik bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

POLIS menemukan dua rangka manusia yang dipercayai ibu dan anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Tanimulya, Bandung, Indonesia.

Ketua kampung, Bambang Daryanto, berkata, penduduk sekitar bukan sahaja tidak menyedari terdapat rangka manusia di dalam rumah tersebut malah terkejut apabila mengetahui mangsa terlibat adalah Iguh Indah Hayati, 55, dan Elia Imanuel Putra, 24.

Tambahan pula, katanya, jiran tetangga tidak melihat sebarang aksi mencurigakan mahupun bau busuk dari rumah berkenaan.

"Tiada bau busuk bangkai atau hal yang mencurigakan.

"Penduduk juga tidak mengetahui Indah dan Ella masih tinggal di rumah tersebut kerana kedua-dua mereka dikhabarkan telah berpindah pada 2019 kerana bekerja di Sumedang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Cimahi, AKB Tri Suhartanto tampil menjelaskan beberapa kemungkinan yang terjadi berikutan kedua-dua rangka tersebut tidak mengeluarkan bau busuk.

Menurut beliau, ia mungkin berpunca daripada cuaca, suhu dan kelembapan semula jadi di lokasi kejadian.

Walaubagaimanapun, ujar Tri, pihaknya masih menunggu laporan daripada pasukan forensik bagi memastikan identiti rangka tersebut dan hubungan antara kedua-duanya. - Detik News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain