SEORANG pemuda berusia 21 tahun ditangkap polis selepas menikam rakannya dalam kejadian pada Rabu. Menurut pegawai forensik, Kompol Jamaludin, suspek dikenali sebagai Adzaria bertindak sedemikan kerana marah apabila sambungan internetnya lemah ketika bermain permainan video. Pada malam kejadian, Adzaria dan mangsa bernama Is dikatakan sedang bermain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di rumah salah seorang rakan mereka, Jamaluddin, pada Selasa. Suspek mendakwa Is telah mengubah suai rangkaian WiFi (wireless internet) sehingga menyebabkan sambungan internetnya menjadi perlahan. Ketika ditemubual wartawan, Jamaluddin berkata pelaku dan mangsa sempat bertengkar sebelum Adzaria pulang ke rumahnya. Bagaimanapun, pelaku kembali ke rumah rakannya untuk menemui mangsa pada malam Rabu. Tidak lama selepas itu, Adzaria mengeluarkan pisau dapur yang dibawanya dari rumah dan menikam mangsa sebanyak empat kali. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube