SETIAP individu mempunyai cara berbeza bagi meraikan Hari Ibu bersama insan tersayang. Terkini, kek wajah bayi yang baru dilahirkan menjadi perhatian warga maya selepas dimuat naik di media sosial. Ia berikutan, kek tersebut bukan sekadar wajah bayi malah ia seolah-olah memaparkan situasi semasa kelahiran dengan keadaan bahagian kepala dilihat keluar dari vagina. Menurut pemilik kedai kek, Khun Bass, idea untuk menghasilkan kek tersebut bermula bulan lalu apabila pelanggan membuat tempahan dan memberikan sampel dalam bentuk bayi yang muncul dari rahim ibunya. Malah katanya, kek yang dihasilkan itu bukan sahaja membuatkannya dikenali ramai malah pengikut laman sosialnya turut bertambah. Ujarnya lag, akan terdapat lebih banyak reka bentuk kek muka bayi, versi 2 dan 3 sempena bulan Ogos. Kedai itu baru-baru ini menyiarkan gambar siri kek Hari Ibu kedua, menyatakan bahawa kek itu adalah untuk menyambut Ogos Ver.2, kek yang dibuat secara pembedahan cesarean seperti yang diminta oleh kanak-kanak yang dilahirkan secara pembedahan. Selain itu, perincian tanda regangan, pusat, dan kain hijau yang digunakan di dalam dewan bersalin turut menghiasi kek berkenaan bagi menggambarkan situasi sebenar. - Sanook Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube