SEBUAH video memaparkan tindakan seorang guru lelaki melakukan kekerasan terhadap seorang pelajarnya menjadi tular di laman sosial. Difahamkan, insiden tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Kota Malang, Jawa, Indonesia, lapor Detik. Menurut individu yang memuat naik rakaman berkenaan, guru tersebut melakukan tindakan sedemikian kerana beberapa pelajar dikatakan lewat masuk ke kelas. "Keganasan guru telah berlaku terhadap pelajar di SMKN 12 Malang. Kronologi kejadian kerana mereka lewat masuk waktu kelas, pelajar dicengkam dan dicekik," tulis kapsyen yang mengiringi video berkenaan. Menerusi video berdurasi 30 saat itu, seorang pelajar lelaki dilihat dicengkam oleh seorang guru yang sedang duduk. Dia kelihatan cuba bertahan apabila tangan guru berkenaan mencengkam lehernya. Sementara itu beberapa orang pelajar turut kelihatan berdiri di sebelah guru tersebut seolah-olah sedang menanti untuk dihukum. Video tersebut mengundang reaksi yang bercampur daripada netizen, dengan ada yang mengecam tindakan guru berkenaan kerana melakukan kekasaran. Namun dalam masa yang sama, segelintir netizen lain menyalahkan pelajar kerana tidak berdisiplin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube