suria

Wanita jumpa ketua kampung, mengadu seluar dalam dicuri oleh lelaki tak dikenali

Rakaman CCTV ketika kecurian disebarkan di media sosial- Foto Dok Istimewa

VIDEO kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang sedang mencuri seluar dalam tular di media sosial pada Khamis.

Menerusi rakaman itu, seorang lelaki dilihat merayau-raya di sebuah kawasan kejiranan di Kecamatan Blimbing, Kota Malang, Indonesia.

Dia yang membawa sebuah gitar dilihat mendekati kawasan jemuran sebelum mencuri seluar dalam milik seorang penduduk wanita.

Mangsa, dikenali sebagai Mujiati, 52, cuba mengejar pelaku, namun gagal.

Mujiati turut membuat laporan kepada ketua kampung berhubung kejadian berkenaan.

Dia kemudiannya memuat naik rakaman CCTV ke media sosial dalam usaha untuk menjejaki identiti pelaku.

Pelaku dipercayai merupakan seorang penghibur jalanan kerana dia memakai topi hitam dan membawa sebuah gitar bersamanya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain