suria

Misteri suara ketawa waktu senja terjawab, rupanya budak dilaporkan hilang! Ditemukan 3km dari rumah, leka ekori anjing

Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di kawasan sawah. Foto KhaoSod

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya ditemukan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Kanak-kanak itu ditemukan di kawasan sawah di pinggir sebuah kampung, kira-kira tiga kilometer (km) dari rumahnya.

Kejadian berlaku di wilayah Udon Thani, Thailand pada Rabu lalu, selepas kanak-kanak itu mengekori seekor anjing,

Dilaporkan, kanak-kanak terbabit disedari hilang selepas ibunya terjaga dari tidur pada pukul 4 petang.

Ibu tunggal berusia 23 tahun itu menjelaskan bahawa dia telah mengambil ubat tahan sakit dan ubat alahan kerana sakit gigi dan selesema, yang menyebabkan dia mengantuk.

Apabila terjaga dari tidur, dia bertanyakan ibu bapanya yang bekerja berhampiran namun mereka turut tidak melihatnya.

Selepas tiga jam, mereka menerima berita mengenai penemuan kanak-kanak itu, yang dijumpai oleh seorang wanita berusia 55 tahun kira-kira pukul 7.30 malam.

Menurut wanita itu, dia sedang mengembala kerbaunya ke kandang ketika mendengar bunyi ketawa kanak-kanak di sawah padi.

Pada mulanya dia menyangka ia adalah bunyi hantu, kerana tidak mungkin seorang kanak-kanak bermain di dalam kawasan air setinggi paras dada bersama seekor anjing,

Mendapati ia benar-benar seorang kanak-kanak, wanita itu segera menghubungi ketua kampung itu bagi memaklumkan penemuan tersebut.

Dengan bantuan penduduk kampung, keluarga kanak-kanak itu dimaklumkan mengenai anak mereka yang hilang sudah dijumpai.

Dalam pada itu, wanita berkenaan terkejut apabila mengetahui kanak-kanak itu merayau sehingga melepasi ladang ubi kayu, hutan dan sawah.

Menurutnya, jika tidak ditemukan lebih awal, kanak-kanak terbabit boleh terjatuh ke dalam lubang air yang hanya 50 meter dari lokasi ditemui. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain