suria

Sayu lihat penduduk jalan kaki usung jenazah 3km, rupanya ini sebab tak guna ambulans

Tangkap layar video ketika jenazah diusung penduduk kampung.

SEKUMPULAN penduduk terpaksa mengusung jenazah sejauh 3 kilometer (km) kerana didakwa tidak boleh menggunakan ambulans bagi kegunaan di sebuah kampung.

Insiden itu dirakamkan menerusi video yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Kampung Jipurapah di Indonesia, Hadi Sucipto menafikan tindakan jenazah seorang lelaki berusia 70 tahun itu diusung kerana larangan menggunakan ambulans tersebut.

Beliau tampil menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat oleh keluarga arwah demi menyegerakan pengebumian.

"Jenazah diusung dari Kampung Marmoyo ke tanah perkuburan yang jaraknya sekitar 2.5 km.

"Kalau sudah meninggal, biasanya menggunakan ambulans. Tapi keluarga dan penduduk Jipurapah lebih memilih untuk mengusungnya sendiri daripada menunggu ambulans.

"Kos sewa ambulans jenazah sudah ada, tetapi keluarga arwah tidak mahu menunggu lama. Lagipun, jaraknya dekat saja dengan tanah perkuburan," kata Hadi pada Selasa.

Hadi juga menjelaskan kenderaan sedia ada juga tidak boleh digunakan untuk mengangkut jenazah disebabkan peraturan setempat yang ditetapkan.

Menurutnya, arwah yang berasal dari Jombang meninggal dunia ketika hendak menjalani perubatan tradisional pada Isnin.

Terdahulu, dia singgah di rumah saudaranya sebelum ditemukan meninggal dunia di bilik mandi.

Menantu arwah kemudian menjelaskan bahawa keputusan keluarga memilih untuk mengusung jenazah ke tanah perkuburan disebabkan menunggu lama ketibaan van. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain