suria

Lelaki pukul rakan bapa sampai lunyai, berang dipandang rendah jadi pak guard selepas keluar tentera

Mangsa mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan di hospital.

SEORANG bekas tentera bertindak kejam menyerang rakan bapanya ekoran geram dengan cercaan yang dilontarkan.

Kejadian berdarah pada 30 Julai lalu itu turut disaksikan anak lelaki mangsa.

Menurut laporan, mangsa dikatakan menzahirkan rasa tidak puas hati kerana suspek meninggalkan jawatan tentera untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat hiburan.

Susulan kejadian tragis itu, anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun dari wilayah Isaan Roi Et, Thailand berusaha mendapatkan keadilan di media sosial, foto bapanya yang kritikal turut dimuat naik.

Mengimbas detik kejadian, anak mangsa berkata dia diminta oleh tiga suspek untuk membawa bapanya ke sawah supaya dapat berjumpa bagi menyelesaikan urusan tertentu.

Namun apabila tiba di lokasi, seorang lelaki menahan remaja terbabit manakala dua lagi suspek terus menyerang bapanya iaitu Sakda, 45.

Jelasnya, Sakda dipukul dengan sebatang kayu sehingga kaki dan dua jarinya patah.

Malah suspek turut menoreh kaki bapanya menggunakan pisau dan kemudian menyapu garam ke luka tersebut untuk menambah rasa sakit.

Setelah itu, mereka mencampak badan mangsa ke dalam kolam kecil berhampiran sebelum menghantar pulang remaja terbabit.

Bimbang dengan keselamatannya, remaja itu menunggu sehingga kesemua suspek beredar sebelum meminta bantuan daripada jirannya.

Mereka membantu menghantar Sakda ke hospital dan kemudiannya memfailkan laporan terhadap suspek di Balai Polis Moei Wadi, Thailand.

Siasatan awal mendedahkan isteri mangsa, Romyen, 62, ada mencuri dengar perbualan suspek yang bertengkar dengan suaminya.

Daripada situ, Romyen berjaya membongkar rancangan jahat suspek dan dua lagi rakan subahatnya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain