BAGAI kacang lupakan kulit. Seorang wanita yang berniaga jus buah di Thailand sejak tahun 2022 pantas meraih populariti kerana wajahnya yang jelita selain sering mengenakan pakaian seksi. Dikenali sebagai Join Ploychanok Puathanyawong, gerainya tanpa henti menerima kunjungan pelanggan yang ingin bergambar dengan dirinya sebagai kenang-kenangan. Susulan kebanjiran pengunjung dari dalam dan luar negara, Join memutuskan untuk mengambil khidmat pengawal peribadi bagi memantau keselamatannya. Namun sejak kebelakangan ini, nama Join mula terpalit dengan khabar kurang enak kerana dikatakan sudah menjadi sombong. Join didakwa enggan bergambar dengan peminatnya yang sanggup datang dari jauh sekiranya mereka tidak terlebih dahulu membeli jus buah di gerainya. Malah Join dilaporkan tergamak menyuruh pengawal peribadi menghalau peminat yang dilihat tidak membeli jus buah dijualnya. "Kami dikenakan satu syarat jika mahu merakam gambar Join dan gerainya, wajib untuk membeli jus buah berharga 150 baht (RM18.00). "Harga minumannya juga sudah melonjak naik berbanding dulu waktu Join mula berniaga. Dia juga tidak segan untuk berlaku biadab dengan peminatnya, Join kini sudah besar kepala. "Memang lupa daratan," demikian kata sebahagian warga maya. - Detik Sumut Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube