PERASAAN amarah yang tidak dikawal boleh membawa padah. Gempar video pendek memaparkan seorang lelaki menendang jurulatih wanita di bahagian kemaluan sehingga mangsa terjatuh dan pengsan. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kompleks kolam renang sekitar wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Sabtu, kira-kira pukul 5 petang. Menerusi video tersebut, lelaki terbabit pada awalnya dilihat bergaduh mulut dengan mangsa. Lelaki itu kemudiannya menendang mangsa beberapa kali sebelum tendangan terakhir tepat mengenai celah kangkang mangsa. Mangsa diperhatikan mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum pengsan dan jatuh ke dalam kolam. Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham dan turut disaksikan peserta kelas renang pada hari berkenaan. Dalam pada itu, pihak polis berkata hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian alat sulit akibat tendangan suspek. "Terdapat lebam pada bibir besar dan bibir kecil vagina mangsa serta luka melecet pada kemaluannya," jelas jurucakap pihak polis. Jaimas Simare-mare selaku suspek juga merupakan jurulatih renang di kompleks akuatik tersebut Setiausaha Persatuan Renang Seluruh Indonesia (PRSI), Agus Salim mengambil maklum tentang kejadian itu ketika dihubungi dan menyifatkan ia sebagai memalukan “Kalau ada perselisihan faham antara jurulatih, seharusnya mereka menyelesaikan masalah itu di luar dan bukan dengan kekerasan,” kata Agus. - Tribun-Medan.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube