suria

Gempar! PM Bangladesh letak jawatan, tinggalkan negara

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dilaporkan meletakkan jawtaan. Foto Reuters

PERDANA Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletakkan jawatan dan meninggalkan negara itu pada Isnin.

Ia susulan protes berterusan yang meragut banyak nyawa di Bangladesh.

Menurut laporan akhbar tempatan, Sheikh Hasina, 76, menaiki helikopter tentera ke India.

Sementara itu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman berkata, bahawa kerajaan sementara kini akan mentadbir negara.

Terdahulu, Bangladesh menguat kuasa perintah berkurung berikutan protes yang dilakukan penunjuk perasaan semakin tegang di Dhaka, ibu negara itu.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 95 orang termasuk kira-kira 14 anggota polis maut, manakala ratusan lagi cedera dalam pertempuran itu di Dhaka pada Ahad.

Sebelum ini, ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan protes sejak 1 Julai lalu selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain