PENDUDUK di sebuah perkampungan di Sungai Gelam, Muaro Jambi, Sumatera dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam guni yang ditinggalkan di tepi jalan. Memetik laporan Detik, mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui dengan kesan tikaman di bahagian belakang badannya dan sudah berbau busuk. Ketua Polis Daerah Sungai Gelam, Inspektor Usaha Sitepu berkata, mayat tersebut pertama kali ditemui penduduk sekitar pukul 6.00 pagi Sabtu. "Mayat ditemui dalam guni. Identiti tidak diketahui, anggaran umurnya dalam lingkungan 30an. Dianggarkan sudah dua hari meninggal dunia," katanya. Tambah beliau, mayat lelaki itu telah dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk bedah siasat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Ujarnya, polis kini sedang menjalankan siasatan segenap aspek termasuk kemungkinan ia adalah kes bunuh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube