SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh ke dalam perigi ketika bermain di kawasan berhampiran rumahnya di Lampung, Sumatera, lapor Detik. Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, mangsa yang dikenali sebagai Rian Adi Putra dikatakan terjatuh ke dalam perigi tersebut yang tidak bertutup dan sedang dalam proses baik pulih. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Lampung, Umi Fadillah Astutik berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui oleh seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Siti. "Awalnya saksi melihat ada benda terapung di dalam perigi itu. Kemudian saksi mengambil lampu suluh dan kembali semula ke perigi. "Saksi melihat ada mayat manusia lalu memanggil suaminya dan kemudian mengangkat mayat tersebut. Rupa-rupanya mayat seorang kanak-kanak,” katanya pada Ahad. Ujarnya, saksi dan penduduk kampung kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. "Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk menyiasat tempat kejadian dan mendapati mangsa terjatuh ke dalam perigi ketika bermain. Perigi ini juga tidak bertutup," jelasnya lagi. Difahamkan, jenazah mangsa sudah dikebumikan oleh keluarganya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube