suria

Tragis! Wanita, bayi dalam kandungan maut dirempuh SUV langgar lampu isyarat merah

Keadaan kereta yang dirempuh sebuah SUV. Foto FB Suchada Thepkhamram

SEORANG wanita hamil maut selepas kereta yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat.

Mangsa berusia 23 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian, dan turut kehilangan bayi dalam kandungannya.

Pemandu kereta yang merempuh kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian berlaku di Jalan Nittayo Nakhon Phanom-Sakon Nakhon di Nakhon Phanom di Isaan, Thailand.

Suami mangsa bersama anak perempuan berusia lima tahun serta ahli keluarga lain turut cedera dalam kemalangan itu.

Rakaman mengenai kejadian menunjukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu laju dan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah kereta jenis sedan.

Kereta sedan itu kemudian terbabas ke tepi jalan di hadapan rumah kedai.

Kes berhubung kejadian masih dalam siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain