suria

Anak saksi ibu OKU dirogol, diugut bunuh bapa sendiri

Isteri sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa merogol isterinya yang cacat intelek di hadapan anak lelaki mereka, berusia lapan tahun.

Defendan berusia 44 tahun, didakwa atas tuduhan merogol, menyeleweng dan ugutan jenayah.

Menurut mangsa berusia 38 tahun, dia berkahwin pada 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, hubungan mereka semakin hambar pada 2021 berikutan pertikaian mengenai pendaftaran nombor telefon.

Katanya, defendan didakwa mengancam untuk menikam dirinya dan anak lelaki hingga mati.

Untuk rekod, pada Disember 2021, defendan dilaporkan mengugut mangsa untuk menemuinya di bilik hotel dan mendakwa mempunyai bukti berhubung kakaknya yang ingin diserahkan.

Dengan perasaan terpaksa, mangsa pergi ke hotel bersama anak mereka.

Namun, setibanya di sana, mangsa mendakwa dia dibogelkan walaupun telah membantah kerana kehadiran anak lelaki mereka.

Bagaimanapun dia ditolak secara paksa ke atas katil, ditutup mulutnya sebelum dirogol.

Lebih menyedihkan apabila, anaknya bertanya kenapa dia tidak berpakaian pada masa kejadian.

Kes itu telah ditangguhkan untuk perbicaraan lanjut di Mahkamah Tinggi, di mana mahkamah akan meneliti bukti video yang diberikan bersama keterangan mangsa. - Dim Sum

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain