SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas seekor anjing jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan lalu menimpanya, lapor Indiatoday. Insiden yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di Mumbra, 30 kilometer dari Mumbai, pada kira-kira jam 4.30 petang, Selasa lalu. Berdasarkan rakaman, kanak-kanak perempuan itu dilihat berjalan bersama ibunya di jalan yang sibuk dengan peniaga apabila tiba-tiba seekor anjing baka golden retriever jatuh menimpanya. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital swasta tempatan dan kemudian dipindahkan ke Hospital Chhatrapati Shivaji, di mana dia disahkan meninggal dunia. Anjing malang itu pula mengalami kecederaan patah tulang dan dihantar ke pusat perlindungan penyelamat untuk rawatan. Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan polis telah menahan pemilik anjing berkenaan, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun. Menurut polis, anjing itu diikat pada dan ia terjatuh dalam cubaan untuk membebaskan dirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube