suria

Bakal jururawat diserang secara seksual, suspek disyaki tawar minuman bercampur dadah

Mangsa rogol cenderung mengalami trauma fizikal. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar kejururawatan berusia 19 tahun dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol pemandu beca semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut laporan India Today, suspek yang mengambil mangsa dari kolej di Ratnagiri di Maharashtra, India menawarkan air minuman bercampur beberapa jenis ubat pelali.

Mangsa yang mengambilnya tanpa was-was tiba-tiba jatuh pengsan dan dibawa ke tempat terpencil sebelum dirogol.

Dia yang kembali sedar kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga seterusnya membuat laporan polis.

Berdasarkan pemeriksaan pada tubuh, pihak berkuasa mengesyaki mangsa telah diserang kejam secara seksual.

Insiden yang menimpanya mencetuskan bantahan oleh komuniti kejururawatan di bandar itu, dengan orang awam dan kakitangan hospital menyekat lalu lintas di beberapa bahagian di Ratnagiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain