suria

Cubit kemaluan rakan perempuan sampai koyak selaput dara, tiga budak lelaki ditahan... Suspek termuda usia 6 tahun

Keganasan seksual dan rogol akan mengakibatkan trauma pada mangsa. -Gambar hiasan.

TIGA kanak-kanak lelaki berusia enam hingga 10 tahun ditahan selepas dipercayai 'merogol' rakan perempuan dari sekolah yang sama.

Kejadian yang berlaku di Sitarganj di daerah Udhamsingh Nagar, India mengejutkan penduduk setempat selepas kesemua kanak-kanak terlibat diserahkan kepada Lembaga Kehakiman Juvana.

Menurut polis, kesemua tertuduh merupakan remaja bawah umur berusia enam hingga 10 tahun dan belajar di sekolah kerajaan yang sama dengan mangsa.

Susulan itu, pihaknya melakukan kawalan keselamatan ketat di kawasan sekolah itu kerana bimbang berita tular akan menimbulkan masalah perundangan dan mengancam ketenteraman.

“Dari sudut undang-undang kes itu diklasifikasikan sebagai kes rogol tetapi kanak-kanak lelaki yang dituduh tidak melakukan sebarang perbuatan seksual.

“Mangsa hanya dipujuk untuk baring dan pelaku juga kanak-kanak lelaki itu mencubit bahagian sulitnya sehingga menyebabkan kerosakan pada selaput daranya.

“Bagaimanapun, keadaan fizikalnya tidak dalam bahaya," ujar polis.

Terdahulu, kes itu dilaporkan oleh ibu mangsa selepas mendapati anak perempuannya menangis tanpa henti. -Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain