suria

Tukang rumah sado jadi idaman, sering digoda pelanggan ketika bekerja

Jay berkata dia sering diganggu pelanggan ketika bekerja.

SEORANG tukang rumah dari Tamworth, Staffordshire, England, mendakwa dia kerap diganggu pelanggan gara-gara memiliki fizikal yang menarik.

Dakwa pemuda sado berusia 33 tahun itu, ada dalam kalangan pelanggannya yang berpakaian tidak sopan kerana mahu menggodanya.

Menurut Jay James, dia juga ditawar wang tunai untuk melakukan perkara terkutuk dengan pelanggannya.

"Sukar untuk saya bezakan layanan pelanggan sekiranya mereka benar-benar baik hati atau mereka mahu menggatal sebenarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amukan abang sado! Wanita dibelasah di gim gara-gara tak layan godaan

"Ramai yang panggil saya untuk baiki dan tampal plaster di rumah mereka. Namun ketika bekerja, mereka tanya jika saya mahu wang ekstra.

"Ketika saya tiba di kediaman mereka, ada pelanggan wanita yang pakai stoking dan gaun sahaja, ada juga pelanggan lelaki yang hanya berseluar dalam," ujarnya.

Pemuda itu kini semakin popular selepas dia berkongsi video tentang pekerjaannya menerusi TikTok. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia