suria

Video rogol tepi jalan tersebar, polis giat buru suspek... Sempat ugut mangsa sebelum lari

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

ORANG ramai meluahkan rasa marah selepas tersebarnya video memaparkan seorang wanita sedang dirogol di tepi jalan.

Video tular itu dipercayai dirakam di Ujjain, Madhya Pradesh, India, pada Rabu.

Menurut polis, lelaki itu berjanji untuk mengahwini mangsa sebelum menawarkan alkohol kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 13 tahun hamil dirogol kerani sekolah, dedah diugut bunuh jika buka mulut

Dia kemudiannya membawa mangsa ke lokasi kejadian dan merogolnya di tepi jalan.

Pelaku juga sempat mengugut mangsa sebelum dia melarikan diri.

Polis kini sedang mengesan lelaki itu selepas video berkenaan tular di media sosial. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain