suria

Padah ikut lelaki baru kenal ‘online’, wanita dipaksa jadi hamba seks selama 4 tahun... Ditemukan tanpa gigi dan bibir

Keadaannya ketika dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialami.

SEORANG wanita ditemukan dalam keadaan 'mengerikan' dengan kesan kecederaan fizikal yang teruk termasuk kehilangan gigi dan bibir, dipercayai akibat menjadi mangsa keganasan seksual.

Dia yang berasal dari Poland juga didapati mengalami masalah kesihatan mental dan didapati cuba melakukan kekerasan pada diri sendiri yang mengakibatkan tubuhnya dipenuhi luka dan kesan calar.

Kehidupannya yang penuh tragis terbongkar selepas dia dimasukkan ke hospital pada pertengahan Ogos lalu, kerana mengalami masalah bahu terkehel dan kecacatan muka yang teruk.

Tindakannya menceritakan kejadian yang berlaku pada pesakit lain membuatkan doktor yang merawatnya membuat laporan polis.

Bertindak pantas atas laporan kejadian, lelaki yang menculik, merogol dan melakukan kekerasan ke atasnya ditahan pada 30 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun kerana menculik, merogol dan melakukan kekejaman.

Memetik laporan Daily Mail, tragedi hitam itu bermula apabila wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30 tahun menerusi laman sosial pada tahun 2019.

Susulan perkenalan itu, dia dibawa ke sebuah gudang kecil yang terletak berhampiran rumah keluarga lelaki terbabit di Barat Poland.

Sejak tinggal bersama lelaki terbabit, dia bukan sahaja dirogol malah dipukul dan didera dengan kejam apabila enggan memenuhi permintaan yang dibuat.

Pada 2021, dia melahirkan seorang cahaya mata, namun bayi tersebut diserahkan kepada keluarga angkat.

Dia yang mengalami tekanan kerana dijadikan hamba seks kemudiannya cuba melakukan pelbagai 'eksperimen' ke atas diri sendiri sehingga mengakibatkan kehilangan gigi dan bibir.

Dalam pada itu, jurucakap Hospital Daerah Glogow memaklumkan, wanita terbabit datang dengan keadaan luka yang menunjukkan dia telah didera.

Namun apabila, pasukan perubatan cuba untuk bercakap mengenainya, dia bersumpah bahawa tiada siapa yang pernah menderanya dan bertegas enggan melaporkan perkara yang berlaku kepada perkhidmatan sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain