SEORANG guru wanita didakwa memukul pelajarnya di sekolah hanya kerana mangsa tersenyum. Tindakan guru itu menjadi bualan sehingga tular di media sosial. Dalam rakaman video itu, guru berkenaan dilihat menarik, memukul dan menolak badan pelajarnya sambil menjerit. Insiden berlaku di sebuah sekolah menengah di Cianjur di Jawa Barat, Indonesia. Ketika kejadian, guru berusia 53 tahun itu sedang mengajar subjek matematik di dalam kelas. Pengetua sekolah itu, Haruman Taufik berkata, sebelum kejadian, guru berkenaan sedang mengajar di dalam kelas. "Kemudian seorang rakan pelajar meminta untuk senyum dari luar kelas, dan pelajar itu kembali tersenyum dari dalam," kata Haruman kepada Kompas. Susulan itu, satu pertemuan tertutup dengan pihak Pejabat Pendidikan Jawa Barat wilayah V pada Jumaat. "Guru itu merasakan mereka mentertawakannya sehingga tersinggung, dan terjadilah seperti itu (kena pukul)," ujarnya. Menurut Harumah, keterangan kedua-dua guru dan pelajar terbabit sudah diambil. Guru wanita itu digantung tugas mengajar buat sementara waktu. Difahamkan, guru berkenaan mempunyai rekod melakukan kekerasan terhadap pelajar pada 2019 dan 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube