suria

Hasilkan produk ‘lip gloss’ berbentuk zakar, syarikat kosmetik dianggap tak hormati wanita

Lip gloss yang didakwa berbentuk seperti zakar itu mengudang reaksi negatif orang ramai.

SYARIKAT kosmetik China, Flortte menerima kecaman kerana didakwa menghasilkan produk gloss bibir (lip gloss) berbentuk seperti zakar.

Poster promosi gloss bibir siri “Little Bow” terbaharu itu dimuat naik menerusi platform beli-belah dalam talian Taobao.

Menerusi iklan itu juga, terdapat seorang model wanita yang duduk dalam keadaan melutut.

Isu itu timbul sejak 2 September apabila seorang blogger, Bunny Class, mengecam reka bentuk dan taktik promosi Flortte yang didakwa terlalu “menggoda”.

Malah, iklan itu juga mengundang kritikan kerana dianggap tidak menghormati wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Aneh! Wanita cadang guna mentega sebagai bahan mekap, pakar beri amaran bahaya

Produk-produk mereka yang diberi nama “Kiss Little Juju”, “Kiss Neinei”, “Kiss Cherry” dan “Kiss Mimi” turut mengundang reaksi negatif.

Dalam konteks negara itu, istilah juju, neinei, cherry, dan mimi biasanya merujuk kepada alat sulit lelaki dan wanita.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menjelaskan pasukan khidmat pelanggan tidak menyedari isu tersebut dan akan mengambil tindakan susulan.

Produk itu terjual kira-kira 30,000 unit, namun ia telah dikeluarkan daripada platform Taobao. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain