suria

Pemuda gila seks sorok kamera di celah batu, rakam aksi wanita mandi kolam air panas... Lebih 1,000 pengunjung jadi mangsa

Warga Jepun menggesa agar lelaki itu dikenakan hukuman berat. -Foto Getty Images.

SEORANG lelaki berdepan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan meletakkan kamera tersembunyi di kawasan kolam air panas.

Perbuatan jijik lelaki Jepun berusia 31 tahun itu terbongkar selepas pengunjung kolam air panas di Yamagata menyedari kewujudan objek pelik di celahan batu.

Selepas membuat pemeriksaan, wanita itu mendapati terdapat sebuah kamera yang disorokkan di kawasan berkenaan.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu mula meletakkan kamera berkenaan sejak tahun 2022 sehinggalah dia ditangkap Mei lalu.

Pada awalnya polis menemui video 44 wanita yang sedang mandi di kolam air panas berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

Namun difahamkan lebih 1,000 wanita telah menjadi mangsanya sejak dua tahun lalu.

Selain merakam aksi wanita yang sedang mandi, dia turut didakwa kerana memiliki pornografi kanak-kanak.

Perbicaraan mahkamah seterusnya akan diadakan pada Selasa.

Susulan kekecohan kes itu, ramai warga Jepun berharap dia dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain