suria

Pengembara masa dakwa berlaku 4 kejadian tahun 2024, satu daripadanya kemunculan artis disangka mati

Seorang TikToker meraih perhatian ramai dengan ramalannya tentang kejadian dunia. -Gambar hiasan

SEORANG individu meraih 900,000 pengikut di media sosial selepas mendedahkan dirinya sebagai pengembara masa.

Eno Alaric yang dikenali sebagai @radianttimetraveller mendakwa dia pernah mengembara ke tahun 2671.

Dalam perkongsian terbaharu, TikToker itu mengejutkan ramai dengan ramalan-ramalan kejadian sepanjang tahun 2024.

Antaranya, dia meramalkan lebih 70 haiwan akan ditemukan di kawasan tersembunyi di Australia pada 20 September.

Ia termasuklah zirafah setinggi bangunan pencakar langit, labah-labah serta rama-rama gergasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baba Vanga ramal 2024 sebagai tahun 'mengerikan'! Presiden Rusia dibunuh, bencana alam antara tragedi menanti

Antara lain, dia berkata industri hiburan bakal kecoh pada 25 Oktober apabila seorang pemuzik yang disangka telah meninggal dunia tiba-tiba muncul kembali dan masih hidup.

Dia turut mendakwa matahari akan hilang selama seminggu pada 9 November.

Selain itu, dia juga mendakwa artifak asing yang mengandungi penyakit akan dijumpai di bawah ais di Antartika.

Malah dia berkata penyakit itu akan tersebar ke seluruh dunia dan ia tidak mempunyai penawar.

Sebagai peringatan, umat Islam ditegah untuk mempercayai sebarang ramalan kerana tiada seorang pun yang mengetahui perkara ghaib dan masa depan kecuali Allah. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain