suria

Hilang selama 438 hari, lelaki ini minum air kencing untuk terus hidup... Bertahan sebab teguk darah penyu

Alvarenga hilang di laut pada tahun 2012.

KISAH seorang lelaki yang bertahan selama 438 hari selepas hanyut di laut pernah menggemparkan dunia pada tahun 2014.

Ia bermula apabila Jose Salvador Alvarenga menjalankan ekspedisi selama dua hari untuk memancing ikan yu dari kampung nelayan Costa Azul di Mexico pada 17 November 2012

Bagaimanapun, bot gentian-kaca milik Alvarenga rosak, menyebabkan dia gagal untuk kembali ke daratan.

Kejadian itu menyebabkan Alvarenga bersama seorang lagi rakannya terperangkap di Lautan Pasifik.

Dia mula menjadi sensasi global apabila ditemukan terdampar dalam keadaan bingung dan kurus di Ebon Atoll di Kepulauan Marshall, sebuah kepulauan terpencil di tengah-tengah Lautan Pasifik pada Januari 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit, kad kredit hilang ketika bercuti di Jepun! Puas fikir, geng anak muda Malaysia dapat agak angkara siapa

Kisah kehebatan Alvarenga yang mampu bertahan selepas hanyut di laut mengejutkan ramai.

Sepanjang tempoh 438 hari, Alvarenga mendakwa dia meneruskan kehidupan dengan menangkap burung, ikan serta meminum darah penyu dan air kencingnya sendiri apabila tiada air hujan.

"Saya bersyukur kepada Tuhan dan kepada burung-burung yang saya tangkap untuk dimakan. Saya menangkap ikan dan kadang-kadang minum air kencing saya sendiri untuk mendapatkan cecair.

"Setiap hari sama sahaja, hanya laut. Saya tidak melihat apa-apa lagi. Laut dan bot saya. Saya tidak tahu tentang masa," ceritanya.

Meski pun kisahnya telah lama berlalu, nama Alvarenga kembali menjadi sebutan apabila portal berita antarabangsa berkongsi semula cerita tersebut pada tahun 2024. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain