PIHAK pengurusan Zoo Antwerp di Belgium terpaksa menyekat kehadiran seorang wanita gara-gara obsesinya terhadap seekor cimpanzi. Wanita dikenali sebagai Adie Timmermans itu berkunjung ke Zoo Antwerp setiap minggu sejak empat tahun lalu. Dalam setiap kunjungannya, wanita itu hanya akan berinteraksi dengan seekor cimpanzi berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Chita. Zoo Antwerp melahirkan kebimbangan bahawa interaksi manusia yang berlebihan boleh menghalang keupayaan Chita untuk bersosial dengan haiwan-haiwan lain. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut selepas ceroboh kandang harimau... Pengunjung zoo tak dapat bantu, hanya mampu rakam video "Haiwan yang terlalu menumpukan perhatian kepada manusia kurang dihormati oleh haiwan lain. Kami mahu Chita menjadi cimpanzi yang normal," ujar Zoo Antwerp dalam satu kenyataan. Sewaktu kecil, Chita dibela oleh pemiliknya sebelum ia diserahkan kepada zoo berkenaan. Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan kekecewaannya menerusi temubual bersama media Belgium. "Saya suka haiwan itu dan ia sayangkan saya. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi. Mengapa mereka mahu mengambilnya? "Chita berusia 38 tahun dan sudah biasa dengan orang sejak kecil lagi," jelas wanita itu. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube