suria

Suami kejam masukkan mercun dalam kemaluan isteri, mangsa alami pendarahan akibat letupan

Oleksandr S. dipenjara kerana mencederakan isterinya menggunakan mercun. -Foto Newsflash.

SEORANG lelaki dipenjara selepas dia didapati bersalah mencederakan isterinya menggunakan mercun.

Dalam serangan kejam itu, Olekandr S, 36, bukan sahaja mengikat isterinya, malah dia turut meletupkan mercun di dalam kemaluan mangsa.

Pendakwaraya Matin Rykl memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu bertemu untuk melakukan hubungan seks.

Ketika itu, Oleksandr S. turut memujuk mangsa untuk kembali menetap bersamanya, namun pelawaan tersebut ditolak isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Creep claims setting off firework in tied-up wife's vagina was an 'accident'

"Defendan mengikat isterinya dengan pita pelekat bagi mengelakkan isterinya mempertahankan diri.

"Kemudian dia memasukkan mercun ke dalam kemaluan wanita itu dan menyalakannya, walaupun dia pasti tahu mercun itu boleh membunuh mangsa," ujar Rykl.

Wanita itu mengalami pendarahan teruk akibat letupan dan dia dirawat di Hospital Universiti Pilsen.

Oleksandr S. membuat rayuan kepada Mahkamah Wilayah Pilsen, namun pada 10 September, hakim menjatuhkan hukuman penjara dan dia juga diperintahkan untuk membayar pampasan kira-kira RM52,000 kepada isterinya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain