suria

Wanita dakwa dirogol abang ipar sejak Januari, lapor polis selepas dipaksa gugur kandungan

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

POLIS melancarkan siasatan selepas seorang wanita membuat laporan mendakwa dia dirogol oleh abang iparnya.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dia mula dirogol pada 26 Januari lalu dan kejadian berlarutan beberapa kali pada bulan berikutnya.

Dakwa mangsa, dia juga disahkan hamil selepas dirogol oleh abang iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja lelaki dirogol ‘abang botak’ ketika keluar buang sampah pukul 11 malam

Selepas memaklumkan perkara itu, mangsa berkata pelaku membawanya ke sebuah hospital dan memaksanya untuk mengggurkan kandungan.

Pelaku turut mengugut ibu bapa mangsa, menurut pegawai polis.

Kes itu didaftarkan pada Sabtu, namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain