suria

Wanita terperangkap di tiang ‘flyover’ selepas kemalangan! 2 jejaka cuba jadi hero, akhirnya turut kecundang

Dua lelaki cuba menyelamatkan wanita yang terperangkap di tiang lebuh raya bertingkat. - Gambar agensi

SEORANG wanita terperangkap di sebatang tiang lebuh raya bertingkat susulan terlibat dalam kemalangan di Jalan Noida, India

Difahamkan ketika kemalangan, motosikal yang dinaiki mangsa dilanggar daripada belakang oleh sebuah kereta yang masih belum dikenal pasti.

Menurut sumber polis, impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas tiang lebuh raya bertingkat terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN : Aksi hero selamatkan gadis tersangkut flying fox macam ‘Doctor Strange’ curi tumpuan... Tapi ramai simpati nasib lelaki di belakang

Dua lelaki yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan wanita tersebut sesegera mungkin memandangkan dia berada dalam situasi bahaya.

Walau bagaimanapun, mereka akhirnya turut terperangkap pada tiang itu bersama mangsa.

Pihak polis akhirnya tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan ketiga-tiga individu berkenaan.

Mangsa wanita dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain