suria

Wanita maut jatuh tingkat 43 kondominium, rakaman CCTV dedah kelakuan aneh sebelum insiden

Seorang wanita maut akibat terjatuh dari sebuah kondominium. - Gambar Agensi

SEORANG wanita berusia 27 tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 43 sebuah kondominium yang terletak di Huai Khwang, Bangkok, Thailand.

Menurut jurucakap polis tempatan, Chawarit Chankaen, pihaknya menerma laporan mengenai insiden tragis itu pada 20 September lalu.

Pasukan polis yang disertai doktor forensik, pegawai forensik polis dan sukarelawan daripada Yayasan Ruamkatanyu bergegas ke lokasi kejadian

ARTIKEL BERKAITAN : Tragis! Bertengkar dengan suami kerana aksi lucah, wanita maut jatuh dari tingkat 4

Siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan wanita itu menaiki lif ke tingkat 43 yang mempunyai kawasan lapang yang luas.

Mangsa seterusnya memanjat balkoni pada aras itu, berdiri di bahagian belebas bangunan sebelum tergelincir dan jatuh ke bawah menemui ajal.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain