suria

Tersinggung ditegur selalu lewat ke masjid, lelaki tikam imam ketika solat Subuh

Sakit hati disyaki menjadi punca kejadian seorang imam ditikam ketika solat Subuh di Sragen. -Gambar hiasan

IMAM sebuah masjid di Sragen, Jawa, Indonesia cedera akibat diserang oleh seorang penduduk kampung dengan menggunakan sebilah pisau, lapor Detik.

Menurut Ketua Polis Sragen, AKBP Petrus Parningotan, kejadian berlaku pada awal pagi Khamis lalu, ketika mangsa sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid Al Hidayah, Desa Sambirejo.

Hasil siasatan awal, suspek bertindak sedemikian kerana sakit hati gara-gara ditegur oleh mangsa.

"Kejadian ini didakwa dicetuskan oleh rasa sakit hati suspek kerana mangsa sering menegurnya tidak menjaga kebersihan masjid.

"Selain itu, suspek tersinggung apabila ditegur kerana sering bangun lewat untuk solat Subuh," ujar Petrus sambal menambah, mangsa dan suspek sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Tambahnya, mangsa yang cedera di leher akibat terkena tikaman pisau dikejarkan ke Hospital Dr Oen Kandangsapi, Kota Solo.

Polis yang menerima panggilan segera ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.

Difahamkan suspek dibawa ke RSJD Dr Arif Zainuddin Surakarta untuk menjalani pemeriksaan mental.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain