suria

Seludup patung seks menyerupai kanak-kanak, pelaku berdepan hukuman penjara 10 tahun

Lelaki itu ditahan pada pagi Jumaat.

SEORANG lelaki berusia 42 tahun ditahan pihak berkuasa kerana cuba menyeludup patung seks yang menyerupai kanak-kanak.

Siasatan kes itu bermula selepas Pasukan Sempadan Australia (ABF) mengesan penghantaran yang mengandungi patung seks di Kemudahan Pemeriksaan Kontena Sydney pada Ogos.

Siasatan lanjut membawa kepada waran geledah di sebuah rumah di Waratah pada 3 September, yang mana beberapa barang lain turut dirampas untuk pemeriksaan forensik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘restu’ hubungan sulit, tahu anak lelaki umur 16 tahun lakukan seks dengan cikgu sendiri

Polis kemudiannya menahan lelaki itu pada pukul 5 pagi, Jumaat.

Dia kini berdepan pertuduhan mengimport patung seks menyerupai kanak-kanak dan dua lagi pertuduhan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.

Penalti maksimum untuk kesalahan yang didakwa ialah denda sehingga RM2,386,625, penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain