suria

Daging dihiris senipis kertas, pelanggan kecewa tak berbaloi harga bufet... Rupanya ramai jadi mangsa

Restoran itu dikecam netizen gara-gara menghidangkan hirisan daging terlalu nipis.

SEBUAH restoran yang menawarkan hidangan bufet dikecam netizen gara-gara menghidangkan daging yang dihiris terlalu nipis.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang pelanggan menggambarkan saiz hidangan itu seperti sehelai kertas.

Selain kualiti makanan, pelanggan turut mempersoalkan layanan tidak memuaskan daripada kakitangan sebuah restoran di Pattani, Thailand itu.

Susulan hantaran berkenaan, beberapa pelanggan yang pernah berdepan pengalaman sama turut tampil berkongsi pengalaman mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran putih mata, baik hati bagi pelanggan makan percuma! Akhirnya sedar ditipu selepas tengok CCTV

Antaranya, pelanggan lain turut membangkitkan isu pilihan makanan yang terhad dalam set bufet di restoran berkenaan.

Malah, mereka mendakwa harga yang dibayar juga sangat tidak berbaloi dengan kualiti makanan yang dihidangkan.

Sehingga kini, pihak pengurusan restoran belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain