suria

Remaja ditahan polis lakukan gangguan seksual terhadap 9 wanita, mengaku ketagih layan porno

Penggunaan gajet yang tidak terkawal boleh membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.- Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun di Jember, Jawa Timur ditahan polis atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap sembilan wanita.

Menurut Ketua Polis Jember, AKBP Bayu Pratama, penangkapan berkenaan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ujarnya, terdapat sembilan wanita yang menjadi mangsa namun hanya tiga daripada mereka tampil membuat laporan kepada pihak polis.

Difahamkan, suspek meraba payudara mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan selepas itu segera melarikan diri.

Ujarnya, suspek mengaku sering menonton video lucah yang kemudiannya mencetuskan keinginan untuk melakukan gangguan seksual.

"Motif suspek adalah kerana ketagihannya terhadap video lucah.

"Kami telah menahan suspek untuk tindakan susulan," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, suspek kini ditempatkan di Institut Perkembangan Kanak-Kanak Khas susulan masih dalam kategori bawah umur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain