NIAT jahat seorang wanita yang mahu mencuri wang panai ketika berlangsungnya majlis perkahwinan di kediaman seorang penduduk kampung, akhirnya terbongkar selepas perbuatannya disedari tuan rumah. Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Wiringtasi, Pinrang, Sulawesi Selatan pada Khamis, lapor Detik. Pemberian wang panai adalah tradisi pernikahan bagi suku Bugis-Makassar, berbentuk wang tunai yang diberikan oleh lelaki kepada gadis daripada suku berkenaan yang ingin dinikahinya sebagai penghargaan. "Ia berlaku pada Khamis ketika majlis perkahwinan masih berlangsung. "Apa yang saya dengar dia mundar-mandir di dalam bilik tuan rumah atau bilik pengantin, dan menyamar sebagai tetamu," kata Ketua Kampung Wiringtasi, Andi Abbas. Menurutnya, kejadian disedari tuan rumah yang terlihat kesan cungkil pada almari tempat wang panai disimpan. Bagaimanapun kata Andi, dia tidak mengetahui jumlah wang panai yang dilaporkan hilang. Ujarnya lagi, wanita yang dalam lingkungan usia 50-an tersebut turut hampir dipukul oleh tetamu yang geram dengan perbuatannya, namun ditenangkan tuan rumah. Pihak polis kemudian tiba dan menahan wanita berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube