SEORANG lelaki yang menawarkan rawatan pembesaran zakar ditahan polis selepas salah seorang pelanggannya mengalami jangkitan kuman. Dia didakwa menyediakan suntikan silikon dan implan secara haram buat pelanggannya sejak 20 tahun lalu. Ketika disoal siasat, lelaki itu mengakui dirinya bukan doktor dan tidak mempunyai lesen pengamal perubatan. Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di daerah Krathum Baen di Samut Sakhon, Thailand pada Khamis lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Hasilkan produk ‘lip gloss’ berbentuk zakar, syarikat kosmetik dianggap tak hormati wanita Malah, katil dan peralatan lain yang digunakan di kediamannya gagal memenuhi piawaian kebersihan, kata pihak berkuasa. Menurut suspek, dia mula mempelajari cara untuk melakukan implan ketika berusia 14 tahun. Penahanan itu susulan seorang pelanggan lelaki membuat aduan mengenai dirinya mengalami jangkitan teruk selepas dia menerima rawatan suntikan silikon. Pelanggan turut mengadu kemaluannya gagal mengalami ereksi selepas dia mendapatkan rawatan berkenaan. - Bangkok Post Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube