suria

Remaja lelaki dirogol ‘abang botak’ ketika keluar buang sampah pukul 11 malam

Setiap individu perlu berhati-hati ketika keluar bersendirian pada waktu malam. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun berada dalam keadaan stabil selepas dia dirogol pada Rabu.

Menurut polis, remaja dari Bronx, New York itu diserang ketika dia keluar membuang sampah kira-kira pukul 11 malam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki tidak dikenali menarik mangsa ke arah tangga sebelum dia diserang dan dirogol.

Menurut mangsa, dia gagal melawan kerana dipegang dengan kuat oleh lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video rogol tepi jalan tersebar, polis giat buru suspek... Sempat ugut mangsa sebelum lari

Suspek digambarkan sebagai lelaki kulit hitam, berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Antara lain, mangsa menggambarkan suspek sebagai lelaki yang berjanggut, berkepala botak serta memakai jeans hitam dan baju berwarna kelabu, kata polis.

Pelaku turut melarikan telefon mangsa. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain