suria

15 tahun skodeng, rakam ‘aktiviti intim’ puluhan wanita... Robert Holden akhirnya dipenjara

Hollen merupakan bekas Ahli Majlis yang didakwa atas kesalahan jenayah seksual.

SEORANG bekas Ahli Majlis Bandar New York dipenjara enam tahun dua bulan atas tuduhan merakam 28 wanita di bilik mandi dan bilik tidur menggunakan kamera tersembunyi dalam tempoh hampir 15 tahun.

Hukuman itu diputuskan selepas Mahkamah Bradford Crown mendengar kenyataan emosi daripada kebanyakan mangsa Robert Holden, 51.

Dalam perbicaraan kes pada Jumaat, Hakim Sophie McKone menyifatkan tindakan Holden sebagai 'voyeurisme dalam skala besar', selepas mendengar laporan siasatan menemukan ratusan rakaman yang bersifat intim, termasuk wanita sedang mandi dan di tandas, melakukan aktiviti seksual, serta tidak berpakaian.

Sesetengah wanita telah direkodkan dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada 12 tahun.

Dalam pada itu, Hakim McKone turut menyatakan tertuduh berniat jahat serta mementingkan diri dan bersembunyi di sebalik tabir kehormatan yang dimiliki.

Untuk rekod, Holden telah ditangkap pada 2020 selepas seorang wanita menemui alat rakaman di dalam bilik tidur di sebuah hartanah di West Yorkshire, tetapi dia melarikan diri dari negara itu ke pulau Afrika Barat Cape Verde.

Holden, dari Sowerby Bridge, West Yorkshire, mengakui 31 pertuduhan voyeurisme dan tujuh pertuduhan penyalahgunaan komputer pada perbicaraan sebelum ini, dan pertuduhan gagal menyerahkan diri kepada tahanan.

Holden menjalankan perniagaan pembaikan IT dan caj penyalahgunaan komputer berikutan penemuan polis bahawa dia telah menyalahgunakan kepercayaan pelanggannya dengan menyalin maklumat dan imej daripada peranti yang ditinggalkan bersamanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain