suria

Sakit hati bekas isteri kahwin baru, lelaki bawa senjata tajam serang majlis... Rupanya masih simpan perasaan

Menyerang orang awam adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

PENCERAIAN merupakan kaedah terakhir yang diambil pasangan suami isteri apabila mengalami konflik rumah tangga.

Begitulah yang dilakukan lelaki berusia 35 tahun ini dan bekas isterinya selepas mereka tidak lagi mempunyai kesefahaman.

Bagaimanapun, pada Rabu lalu, dia tidak menyangka bahawa bekas isterinya nekad untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan baharu.

Susulan itu, dia bertindak menyerang majlis perkahwinan pasangannya di daerah Tanah Bumbu, Kalimantan di Indonesia, dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tanah Bumbu, Iptu Jonser Sinaga mengesahkan kejadian tersebut pada Sabtu.

Mengulas mengenai kejadian, ujarnya, suspek cuba untuk membubarkan majlis yang sedang berlangsung dengan mengayunkan senjata tajam kepada tetamu yang hadir.

"Suspek sebelum ini sudah mengugut mangsa supaya tidak melangsungkan pernikahan dengan lelaki lain kerana dia masih sayang kepada wanita itu.

"Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendahkan dan menyebabkan suspek marah serta sakit hati sehingga bertindak menyerang mangsa di majlis perkahwinan," jelas Jonser.

Dalam pada itu, ujarnya, suspek berjaya ditahan selepas pihak tuan rumah membuat aduan berkaitan. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain