suria

Padah memasak dalam khemah, datuk ditemukan maut bersama cucu

Kaicy dan datuknya mati lemas ketika berkhemah pada 14 September. -Foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut bersama datuknya di dalam sebuah khemah ketika mereka bercuti di kawasan desa.

Mangsa, Kaicy Brown, 12, dan David Brown, 66, dipercayai meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida yang disyaki berpunca daripada dapur memasak yang digunakan ketika perkhemahan.

Kejadian tragis itu berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Powys, Mid-Wales, ketika dua mangsa berkhemah bersama ahli keluarga yang lain.

Tragedi tersebut berlaku pada malam Sabtu, 14 September, ketika keluarga dari Berkshire itu berkumpul untuk perkhemahan selama satu malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu pontianak di tapak khemah! Suami isteri silap langkah bawa telur mentah masuk hutan, makhluk rambut panjang tunjukkan rupa

Dalam pada itu, satu usaha untuk mengumpul dana telah dimulakan bagi membantu Jessica, ibu Kaicy, yang kehilangan anak dan ayahnya serentak dalam kejadian itu.

Laman pengumpulan dana tersebut menyatakan: "Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan berlaku kepada anaknya Kaicy, 12 tahun, dan ayahnya. Mereka meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida semasa perkhemahan."

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk menampung kos pengebumian, upacara peringatan, dan yuran guaman. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain